Sunday 17 March 2013

update kembali....

Assalamualaikum.....

lamanya dah x update blog...dah bersawang tebal dah....hr ni try sign in balik...tu pun ingt2 lupa passwordnya....insyaallah akan cuba utk update utk catatkan sesuatu utk ingatan diri sendiri....

Insyaallah.....

Monday 5 December 2011

KELEBIHAN 10 MUHARRAM

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) Allah s.w.t. akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat.Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan umrah dan 10.000 orang mati syahid.

Sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya pada Rasulullah s.a.w.:"Ya Rasulullah s.a.w. adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari yang lain?".Berkata Rasulullah s.a.w.:"Ya memang benar, pada hari Asyura Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi, bukit-bukit, laut,syurga,Nabi Adam dan Hawa, memasukkan Nabi Adam ke dalam syurga juga pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim, menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api,Allah s.w.t. menengelamkan Firaun, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s., Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam,Allah s.w.t. mengampunkan dosa Nabi Daud,Allah s.w.t. mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan terjadinya hari kiamat itu juga pada hari Asyura!.

Friday 18 November 2011

MENDIDIK ANAK SOLAT

 

First of all nak mintak izin dari Mamaqaireen dan ibu Lala nak copy paste artikel ni sebab nak buat rujukan untuk hari ini, akan datang dan selamanya. Boleh ye Mamaqaireen n ibu Lala.

Sumber : Didik Solat

Tips Solat:

1. Fokuskan minda anak pada ibadat sembahyang sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu dia baik-baik yang solat tu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti. 

2.Jangan paksa dia, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa & mindanya

3.Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk dia fasih membaca bacaan sembahyang spt niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dsbnya. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdal.

4.Ajar dan perhatikan dia ambil wudhu'...begitu juga lafaz niat.

5. Beritahu dia Nabi suruh anak-anak berlatih sembahyang dari umur 7 tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar utk mengajar) kalau ingkar dan malas.

6.Belikan dia telekung /songkok yang dia suka.

7.Pada awal latihan solat, biar dia baca kuat-kuat..kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh dia, ajar cara duduk,qiam, takbir, ruku', sujud dan sbgnya.

8. Jangan limitkan tempat utk dia berlatih memperbaiki bacaan solatnya...pada bila2 masa saja, uji kefasihan dia...sambil aku masak, sambil sikat rambut dia, sambil jalan-jalan dlm kereta suruh dia baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyyat dsbnya.

9.Dorong dia dgn pujian kalau dia semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang sangat2.

10. Ajak dia dan adik beradiknya solat jamaah sama-sama kalau ada kelapangan masa di rumah.

11. Bersabar lihat karenah dia masa peringkat awal mengajar sembahyang...kadang2 tu kita tengah solat pun tak khusyuk sbb dia baca sekuat hati, nak tergelak pun ada kadang tu.

12. Doa pada Allah agar dia tiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak kita.

13. Atur jadual harian dia, ada waktu tengok TV, main, belajar dan solat...pastikan dia tak buat mcm2 alasan...budak-budak biasa arr kadang tu dia cakap sakit kakilah, sakit perutlah...

14.Beritahu dia sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar...so, jgn menipu dalam solat walaupun ibu bapa tak nampak ketika tu.

15. 2-3 bulan selepas dia semakin mahir membaca bacaan solat, ajar dia untuk baca pelan-pelan seperti 
orang dewasa. Awasi selalu ketika dia solat sbb budak-budak ni cepat lupa...kadang tu solat maghrib pun 2 rakaat jer, tahiyyat awal rakaat ketiga pun ada...biasalah tu.

16. Mula bawa bersama telekung dia kalau ke mana2 mcm kita juga, so kalau jalan jauh, ajak dia solat sekali kat R& R atau masjid/surau.

17.Jangan paksa dia cepat pandai dalam sekelip mata...kena sabar banyak2...Nabi beri tempoh yang cukup dr umur 7 thn ke 10 tahun untuk mahir.....so, 3-4 tahun tu cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan..."Practice Makes Perfect".

18. Ibu bapa adalah contoh terbaik anak-anak...jgn suruh dia solat, tapi kita leka tengok TV atau main komputer.

Ya Allah pada mu aku memohon semoga anak ku menjadi seorang yg beriman dan menjadi anak yang soleh.

Thursday 10 November 2011

11.11.11

11.11.11......ermmm.....Cantik tarikh hari nikan....kebetulan pulak jatuh pd hari jumaat....agaknya ramai yang mengabadikan tarikh nie utk hari2 bermakna...mesti ramai yang nikah hari nie...hari jummat plk tu....penuh barakah hendaknya...apapun saya hari nie keje cam biasa....kejap lg nak pg sekolah aina utk sesi bertemu guru...utk tau lbh lanjut progress dia kat sekolah...harap2 sumenyer ok...insyaallah...

Monday 7 November 2011

buat renungan

Buat peringatan.....
 
Suami & isteri ingatlah…

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak
sehebat Sulaiman

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..
begitulah hakikatnya....terimalah kita seadanya

Thursday 20 October 2011

konvokesyen anak sedara

hari sabtu lepas (15 Okt 2011)...aku n family pg konvokesyen anak sedara kat UPM. dia ni merupakan cucu sulung dalam keluarga aku. anak kepada kaklong aku.  kebetulan dekat sangat ngan rumah, tu yg leh pg tu..n ditambah lg hubby x keje...ingt nak g ekspo sekali...biasanya kan ekspo konvo kan meriah...tp malangnya dah la jauh dari dewan konvo...pg kat bukit ekspo tu...x meriah langsung...xkan mcm tu je kot...padahal aku pg dah dekat tghri...xkan rmi x bukak lg....xpela...janji dapt sama2 meraikan anak sedara aku tu konvo...kita layan gambar2 jer....

nila anak sedara yg konvo tu....Bachelor Sains (Teknologi Makanan)
                                            

ni dia ngan mak pak dia...
                                                 

ni dgn makcik n  adik2 dia....
kenapa amir masa tu monyok je muka ekk...ntah aku pun x ingat...aper gaknya yg dia nak....
tgk org2 konvo ni mcm bestnya rasa.....bila la gaknya dapt sambg degree lak...angan2 tu ader....insyaallah jika ader rezekinya....mmg nak smbg...ok daaaaaa

Monday 10 October 2011

Besday Oktober

hari nie 10/10 adalah hr jadi kak ngah me.....rmi tul dlm family yg lahir bln Oktober...diana (wife andak) pun 10/10 gak, oteh 13/10...dan yg penting me sendiri 29/10.....apapun moga sumenyer dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur hendaknya....

td pg dah wish kak ngan n diana.....kak ngah kata me everyyear wish dia punyer besday....tu yg dia sayang tu....hehe...sayang sume my family.....
Older Posts Home